Assalamualaikum….
Semenjak akhir-akhir ni, sibuk orang bercerita pasal pelaburan emas. Bak kata orang laris macam goreng pisang panas. Ada juga yang bertanya nak melabur emas guna duit KWSP/EPF. Tujuannya untuk membuat pelaburan untuk persaraan nanti.
Tapi malangnya……EPF tidak membenarkan pencarum beli emas guna akaun 1-EPF. Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk membuat pelaburan Unit Trust ataupun apabila umur mencapai 55 tahun.
Agak-agak kan….kenapalah KWSP tak benarkan melabur emas guna duit epf?. Tentang tu, saya tak pasti. Tetapi saya rasa, salah satu sebabnya adalah, kalau kita beli emas, kita akan dapat emas fizikal. Maknanya, kita sendiri yang akan simpan emas tu. Bila dah simpan sendiri ni, faham-faham jelah. Agak-agak tak cukup duit, jual lah emas tu. Jadi…tak tercapailah matlamat pelaburan untuk menambah dan meningkatkan duit persaraan. Lepas tu, kalau simpan sendiri…risiko kehilangan emas. Kalau letak kat bank, kena bayar jugak.
Lagi satu, pelaburan emas tiada dividen. Hanya ada kenaikan harga. Jadi takde compund interest. Compound interest adalah salah satu senjata jutawan. Albert Enstein juga pernah mengatakan compounding interest adalah the eighth wonder of the world. Compound interest jugalah yang akan menyebabkan pelabur tidak akan mengalami kerugian walaupun menjual pelaburan pada harga yang rendah. Pasti ada sebab tertentu kenapa KWSP tak benarkan pencarum beli emas. Setiap pelaburan ada risikonya. Ada orang sesuai melabur dalam unit trust tapi tak sesuai melabur dalam emas. Begitu jugak sebaliknya. Ada jugak yang jenis suka melabur. Semua pelaburan masuk. Emas, unit trust, tanah, rumah ..semua masuk. Tak terkecuali pelaburan skim cepat kaya. Pilihan di tangan anda. Tak salah jika anda pelbagaikan pelaburan. Berminat nak melabur dalam unit trust?…….Jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya melalui telefon, sms ataupun email. Selamat melabur...
Bekerja keras untuk mendapat apa yang kita inginkan bukanlah sesuatu pekara yang mudah..Pelbagai cara untuk kita mencapai keinginan kita yang kian bertambah tapi rahsianya dimana dan bagaimanakah kita hendak mulakan.Jika anda sudah bersedia saya akan tunjukkan anda satu jalan yang mudah dengan melabur dalam Unit Amanah (Unit Trust),Anda hanya perlukan kepercayaan yang tinggi kepada saya dan diri anda,Insyallah di permudahkan jalan Oleh Allah S.W.T.UneedTRUST.
Saturday, 10 December 2011
Friday, 9 December 2011
Cara memulakan pelaburan
Assalamualaikum ..
Sebenarnya takde syarat yang menyukarkan pun kalau nak melabur dalam Public Mutual ni. Syarat yg penting adalah:
1. Untuk pelabur perseorangan, anda mestilah berumur 18 tahun keatas.
2. Jika anda ingin melabur untuk education plan, anda adalah sebagai penama pertama. Anak sebagai jointholder.
3. Jika anda seorang warganegara Malaysia diperlukan satu salinan IC dan borang yang telah siap di isi.
4. Jika anda bukan warganegara pula, anda juga boleh melabur. Salinan passport adalah di perlukan. Dan urusniaga dalam Ringgit Malaysia.
5. Jika anda ingin membuat corporate investment pula, diperlukan beberapa dokumen penting syarikat.
Sila dapatkan penerangan dari consultant anda dan juga rujuk di prospektus dana

Subscribe to:
Posts (Atom)