Thursday, 31 May 2012

Apakah sebenarnya unit amanah?
* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.
* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut
* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.
* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik
* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Wednesday, 16 May 2012

Bagaimana nak melabur jika akaun 1 KWSP saya tak cukup?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya, ramai orang yang nak melabur menggunakan EPF. Tapi ada yang salah faham, ingat boleh labur dengan jumlah keseluruhan. Saya pernah berjumpa dengan prospek yang betul-betul berminat dan confident gila, bahawa dia layak melabur. Tetapi setelah saya tunjukkan cara pengiraan untuk melabur, mereka tak layak. Betapa sedihnya prospek ni.
Untuk pelaburan menggunakan EPF, hanya dibenarkan menggunakan akaun 1. Tujuannya adalah untuk menambah dan meningkatkan duit persaraan. Akaun 2 adalah untuk membeli rumah, hospital dan pendidikan. Yang terbaru, duit akaun 2 boleh buat daftar haji.
Jika akaun 1 tak cukup, anda boleh menggunakan akaun 2 untuk mencukupkan akaun 1. Katakanlah anda dah ada rumah dan akaun 2 memang dah tak nak guna, anda boleh transfer duit akaun 2, masuk ke akaun 1.
Tetapi, sebelum membuat keputusan ini, fikirlah sebaik-baiknya. Kerana  jika anda sudah memindahkan duit akaun 2 masuk ke akaun 1, anda sudah tidak boleh memindahkan duit tersebut masuk ke akaun 2 semula.
Jadi…….sila kira betul-betul, berapa jumlah akaun 1 anda. Dan berapa jumlah yang diperlukan untuk mencukupkan pelaburan. Kalau dah kira-kira, tambah akaun 2 pun tak cukup lagi…..lebih baik tak payah.
“Kalau tak cukup, boleh tak nak cukupkan guna cash?”. Minta maaf banyak-banyak ye cik. Kalau macam tu memang tak boleh. Sebab pelaburan cash dan epf adalah dua akaun yang berbeza.
Epf adalah untuk persaraan, yang mana duit tu nanti hanya boleh di ambik pada waktu umur 55 tahun. Pelaburan cash pula, anda boleh ambik pada bila-bila masa.
Untuk mendapatkan borang berkaitan pemindahan akaun 2 ke akaun 1, sila klik di sini.
Okey…..sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda sudah bersedia untuk melabur, jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya.