Pelaburan Tanpa Matlamat sama seperti tiada arah tujuan hidup bagai layang-layang terputus tali.Sentiasa mengikut arah angin seperti pelabur terikut-ikut kata orang ramai yang kadang-kadang langsung tidak melabur apa-apa walaupun dalam Unit Trust ( Unit Amanah ).
Secara umum matlamat atau faktor melabur terbahagi kepada tiga,iaitu matlamat jangka masa pendek,matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka masa panjang.
Matlamat jangka pendek merangkumi keinginan yang ingin dicapai dalam tempoh kurang satu tahun,jangka sederhana melibatkan tempoh masa lebih setshun hingga tiga atau lima tahun.Matlamat jangka panjang pula di capai dalam tempoh lebih lima tahun.
Pelaburan atau simpanan seperti membiayai aktiviti bercuti dengan anak-anak atau membeli telefon pintar yang canggih merupakan matlamat jangka pendek.Pelaburan atau simpanan bagi membaiyai pendidikan anak-anak,kos menampung bayaran pendahuluan kereta antara contoh matlamat jangka sederhana.Manakala Matlamat jangka panjang pula melibatkan matlamat melabur bagi tujuan persaraan mahupun mencapai kebebasan kewangan.
Secara ringkas,individu melabur adalah bertujuan menyediakan modal dan pendapatan untuk tujuan akan datang,sama ada bagi memenuhi keperluan mahupun kehendak individu ataupun memindahkan atau mewariskan kepada generasi akan datang.
Pelaburan dan simpanan juga bermatlamat menyediakan lindungan nilai kepada inflasi atau dalam bahasa mudah,mengekalkan kuasa beli individu.
Bagi memenuhi matlamat individu,lazimnya pelaburan menawarkan dua jenis pulangan iaitu pendapatan dan pertumbuhan.
Pendapatan ditakrifkan sebagai umlah wang yang diterima seperti perniagaan bersih,pendapatan sewa,faedah dan dividen.Sementara pertumbuhan ditakrifkan sebagai peningkatan nilai modal pelaburan.
Pelabur yang melabur tanpa matlamat selalunya terikut-ikut dengan kata-kata orang ramai dan juga terpengaruh dengan khabar angin dan menyebabkan mengalami kerugian tanpa meneruskan apa matlamat sebelumnya.Jika Pelaburan kita bermatlamat jangka panjang untuk persaraan adalah tidak perlu riasu dengan turun naik pelaburan anda kerana matlamat Jangka Panjang pasti akan meningkatkan modal pelaburan dan juga peningkatan pendapatan dividen bagi peaburan Anda terutama dalam pelaburan Unit Trust ( Unit Amanah ).