Tempoh masa pelaburan merujuk kepada masa sesuatu Pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (Pencairan).Tempoh pelaburan boleh difinasikan dalam tempoh :
1- Jangka Masa Pendek ( 1 Tahun hingga ke 3 tahun ).
2 - Jangka Masa Sederhana ( 3 Tahun hingga ke 5 tahun ).
3 - Jangka Masa Panjang ( Melebihi 5 tahun dan keatas )
Tiada tempoh masa yang betul atau salah dalam pelaburan Unit Amanah,ia bergantung kepada Objektif atau matlamat pelaburan itu serta tahap toleransi pelabur terhadap risiko,ia itu berapa banyak dan lama risiko yang bersedia di ambil oleh Pelabur itu sendiri.Pelaburan yang bijak harus tahu Matlamat pelaburan itu dibuat.Pelaburan tanpa matlamat dan Objektif, adalah seperti kapal belayar dilautan luas tanpa arah tuju dan distinasi,hanya mengikut arah angin yang bertiup.Melabur dalam jangka masa panjang adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dan menambahkan gandaan pelaburan anda dalam Unit Amanah.
Bekerja keras untuk mendapat apa yang kita inginkan bukanlah sesuatu pekara yang mudah..Pelbagai cara untuk kita mencapai keinginan kita yang kian bertambah tapi rahsianya dimana dan bagaimanakah kita hendak mulakan.Jika anda sudah bersedia saya akan tunjukkan anda satu jalan yang mudah dengan melabur dalam Unit Amanah (Unit Trust),Anda hanya perlukan kepercayaan yang tinggi kepada saya dan diri anda,Insyallah di permudahkan jalan Oleh Allah S.W.T.UneedTRUST.
Monday, 11 July 2011
More People taking out EPF Funds to Invest
Newstraitstimes
2011/06/09
KUALA LUMPUR: A total of RM7.6 billion was withdrawn from the Employees Provident Fund by contributors in the first three months of this year compared with RM6.54 billion during the same period last year.
The number of withdrawals during the period this year was 415,706 compared with 326,612 last year.
EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.
EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.
He said the number of members who were using the EPF Kiosks to retrieve their account statements had also gone up from 1,177,000 in the first quarter of last year to 1,760,000 in the same period this year.
"Service excellence and satisfaction today is closely related to the level of convenience an organisation is able to extend to its customers and members.
"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.
"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.
In the first quarter of the year, the EPF also recorded a 51.24 per cent increase in applications from members who opted for Felxible Age 55 Withdrawals as opposed to Lump Sum Withdrawals.
"A total of 22,488 applications were received compared with 14,869 in the first three months of last year.
"The growing number reflects members' awareness on the significance of stretching their savings throughout their retirement years and also their growing concern that lump sum withdrawal will likely result in income inadequacy during the period."

Thursday, 7 July 2011
"Rule of 72 " Formula mudah untuk mengira kadar Pulangan Gandaan Wang Pelaburan Anda.
Dalam pelaburan unit amanah Islam, kita sudah pasti mengharapkan pulangan yang menguntungkan. Apatah lagi jika pulangan tersebut berlipat ganda daripada jumlah yang kita laburkan. Ada satu formula yang dipanggil ‘Rule of 72′ – formula mudah untuk mengira jumlah masa yang diperlukan untuk mengganda duakan (double) modal yang dilaburkan. Formula ini adalah berasaskan prinsip ‘compounding interest’.
Sebagai contoh, jika anda melaburkan RM30,000 di dalam satu dana unit amanah Islam dan mensasarkan jumlah RM60,000 daripada modal yang dilaburkan tadi dalam masa 6 tahun, anda perlu melabur di dalam dana unit amanah Islam yang boleh memberikan ‘Return on Investment’ (ROI) sebanyak 12% setahun, berdasarkan contoh kiraan seperti berikut:
Kadar Pulangan yang Diperlukan untuk Menggandakan Pelaburan Anda dalam Tempoh Masa yang Ditetapkan
= 72 ÷ Bilangan Tahun yang Disasarkan untuk Menggandakan Pelaburan
= 72 ÷ 6
= 12 peratus setahun
= 72 ÷ 6
= 12 peratus setahun
Berikut adalah contoh jadual yang merumuskan ‘Rules of 72′.
Tuesday, 5 July 2011
Jenis-jenis Dana Unit Amanah
Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.
Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund)
Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.
Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)
Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.
Dana Seimbang (Balanced Fund)
Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.
Monday, 4 July 2011
Pelaburan ASN/ASB Tidak Halal ??
Pelbagai pendapat mengenai Halal atau tidak pelaburan ASB dan ASN bermain difikiran kita sejak dulu lagi, terkini Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.
Apa yang jelas, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Maklumat lanjut : Sila Klik link dibawah ulasan dari ustaz Zaharuddin :
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html

Di mana saya boleh Melabur?
Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:
1.Melabur dalam Unit Trust @Unit Amanah,Saham dan Bon .
2.Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan,
tetapi membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh
pendapatan daripada sewaan.
3.Kumpul barang yang nilainya akan naik ( Barang Kemas seperti Emas,
Barang-barang antik, dll )
4.Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda
mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu,
bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan
yang lebih banyak.

Friday, 1 July 2011
Perbezaan Unit Amanah@Unit Trust dengan Pelaburan Saham.
Pelaburan Unit Trust@ Amanah Saham boleh diibaratkan seperti kita menaiki sebuah Pesawat Kapal Terbang,tetapi di pandu oleh juruterbang yang terlatih serta profesional serta dilayan oleh pramugari /pramugara yang terlatih.Kita hanya menaiki kapal terbang dengan tenang dan sampai ke distinasi yang dituju dengan selamat.Dalam Pelaburan Unit Amanah bermakna Pelaburan kita mencapai matlamat yang kita telah tetapkan dan mendapat keuntungan yang berganda.
Pelaburan Saham pula ibarat kita naik Sebuah Pesawat Kapal Terbang yang kita pandu sendiri.Tentu menyeronokkan kalau kita boleh pandu sendiri,tapi tentulah memerlukan masa untuk mendapatkan lesen dan kemahiran tertentu untuk membawa Pesawat Kapal Terbang dengan selamat.Jika tanpa kemahiran yang tinggi sudah tentu kita jatuh tersungkur.Jadi sebagai pelabur yang bijak maka terserahlah pada kita untuk memilih dimana untuk kita melaburkan wang Anda mengikut kemahiran dan tahap mana kebolehan anda dalam bidang pelaburan jika tidak serahkanlah pada yang Profesional seperti Pelaburan Amanah Saham ,yang di selengarakan oleh Badan yang Profesional seperti di Public Mutual Berhad, Biarlah Wang Anda bekerja dengan lebih bijak untuk Anda, demi masa depan Anda dan keluarga .Ayuh!! lakukan langkah pertama kerana kita akan menjelajah beribu batu lagi dalam Unit Amanah yang menyeronokan.

Subscribe to:
Posts (Atom)