Perbelanjaan kerajaan AS termasuk hutang dan faedah yang perlu dibayar melebihi pendapatannya menyebabkan kuasa ekonomi dunia itu terjerumus ke dalam perangkap hutang.Sungguhpun kita masih tidak dapat menjangka sejauh mana kesan krisis hutang AS kepada kita,namun demikian setiap negara yang berdagang denga AS termasuk Malaysia pasti menerima kesan daripada krisis tersebut.Ini dapat di lihat dimana Petunjuk Utama FBM KLCI susut 48.11 mata dari 1545.10 ( Pada : 4/8/2011) kepada 1496.99 (pada : 8/8/2011 ).Oleh itu sebagai pelabur apakah tindakkan yang harus kita lakukankan :
1- Mengekalkan matlamat pelaburan sederhana dan Jangka Panjang ( 3 tahun dan ke atas ).Pelabur tidak perlu terlalu panik atau gundah gelana dengan penurunannya indeks FBM KLCI kerana matlamat pelaburan anda adalah jangka masa sederhana dan masa jangka panjang,Selagi anda tidak mengeluarkan pelaburan,anda tidak rugi apa-apa walaupun nilai pelaburan anda makin menyusut .Jika anda Panik dan mengeluarkan pelaburan ketika jangka masa krisis atau bila harga rendah maka anda akan mendapat kerugian yang tidak sepatutnya.Pelaburan anda akan meningkat berganda kembali bila ekonomi semakin Pulih dan mengambil masa sedikit bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda iaitu pelburan jangka masa sederhana dan panjang .Indeks FBM KLCI bagai Roller-Coaster ( roda ) lihat jadual di bawah : Merujuk jadual di
bawah kejatuhan FBM KLCI dilihat dalam masa diantara 10 hari ke 3 bulan sahaja dan mungkin lebih bergantung kepada krisis.
Bekerja keras untuk mendapat apa yang kita inginkan bukanlah sesuatu pekara yang mudah..Pelbagai cara untuk kita mencapai keinginan kita yang kian bertambah tapi rahsianya dimana dan bagaimanakah kita hendak mulakan.Jika anda sudah bersedia saya akan tunjukkan anda satu jalan yang mudah dengan melabur dalam Unit Amanah (Unit Trust),Anda hanya perlukan kepercayaan yang tinggi kepada saya dan diri anda,Insyallah di permudahkan jalan Oleh Allah S.W.T.UneedTRUST.
Monday, 8 August 2011
Tuesday, 2 August 2011
Kenapa Public Mutual No.1 ?
Public Mutual merupakan pemengang Dana terbesar No.1 dalam industri unit amanah swasta di Malaysia( lihat jadual terkini diatas ).Data terbaru pada penghujung May 2011,Public Mutual memegang dana sebanyak 43.2% keseluruhan dana swasta berbanding persaing terdekat AmInvestment Service 14.5% dan diikuti oleh Cimb Group 13.4%.Public Mutual juga telah merangkul 177 Anugerah utama dalam industri Unit Amanah.Anugerah terbaru yang diterima oleh Public Mutual ialah Reader's Digest Trusted Brand Platinum Award dalam Ketegori Syarikat Dana Pelaburan.Ini merupakan tahun kedua Public Mutual menerima anugerah Platinum dan ia membuktikan sekali lagi bahawa Public Mutual memang satu-satunya jenama yang terpaut pada ingatan dan merupakan Plihan No.1 dikalangan pelabur Unit Amanah Malaysia.
Jadi kenapa anda masih ragu-ragu lagi untuk melabur dalam Unit Amanah Public Mutual.Lagi lambat anda melabur lagi jauh anda ditinggalkan oleh rakan-rakan anda terdahulu membuat Duit dalam Unit Amanah.Bertindaklah sekarang agar anda tidak terlambat di kemudian hari.Pelaburan paling mudah melalui pelabuaran KWSP dan juga melalui tunai dengan hanya membuka akaun sebanyak RM 1000.Selamat Melabur.

Makna Blue-Chip Stok.
Blue-Chip bermaksud Saham Yang Teguh ,Dimana syarikat-syarikat yang masyhur dengan satu rekod prestasi dividen-dividen dan pendapatan yang baik dan stabil diberi gelaran "cip biru." Pelabur-pelabur yang mahu membeli saham di dalam syarikat-syarikat seumpama ini boleh mendapat cara paling mudah membelinya melalui satu dana bersama ( Mutual Fund ). Banyak dana-dana bersama ( Mutual Fund ) menawarkan syarikat-syarikat dana stok cip biru ( Blue-Chip) , di mana pelabur-pelabur boleh membeli berkongsi bermula dengan pelaburan-pelaburan agak sederhana beberapa ribu ringgit dan meneruskan sumbangan-sumbangan atas jangka masa panjang.Perkataan Blue Chip Stocks sering kita baca dalam Prospectus di bahagian investment strategi.Terdapat sesetengah Pelabur unit amanah yang tidak faham apa yang di maksudkan Pelaburan dalam Blue-Chip Stocks yang tertulis didalam Prospectus.
Pelaburan UNIT AMANAH (Unit Trust) adalah suatu pengalaman yang menarik. Walau bagaimana pun, sebagai seorang pelabur kita hendaklah menjadi seorang pelabur yang bijak dengan membaca prospektus sebuah dana sebelum melabur adalah Pelabur yang bijak.
Wednesday, 27 July 2011
Inflasi dan Pengaruhnya ke atas Pelaburan
Inflasi tidak dapat dielakkan dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghadapi pengaruhnya dalam pelaburan.Dalam beberapa bulan kebelakangan ini,peningkatan harga makanan dan komoditi telah memburukkan lagi tekanan inflasi di negara kita dan juga di seluruh dunia terutamanya bagi kebanyakkan ekonomi serantau.
Oleh kerana inflasi menghakis kuasa pembelian dan nilai mata wang,peningkatan harga makanan dan komoditi yang mendadak juga menjejaskan nilai sebenar simpanan kita dalam jangka masa panjang.Demi mengikut rentak inflasi,pelabur-pelabur perlu memegang satu portfolio dana-danan ekuti yang pelbagai kerana pulangan daripada dana-dana ini biasanya dapat mengatsai kadar inflasi melalui satu jangka masa yang lebih panjang.

Thursday, 21 July 2011
Pengeluaran Unit Amanah
Pelaburan Unit Amanah adalah sangat fleksible.Pelabur boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian atau kesemua Pelaburan mereka pada bila-bila masa.Namun begitu,sekiranya pelabur cuma ingin mengelurkan sebahagian pelaburan,Pelabur kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1000 unit ( Bukan RM 1000 ) didalam akaun pelaburan.
Walaupun sesebuah akaun pelaburan sudah kosong,namun akaun pelaburan tersebut masih lagi aktif dalam masa 6 ke 7 tahun.Dalam tempoh ini,pelabur boleh membuat pelaburan tambahan pada bila-bila masa dengan jumlah penambahan minimum sebanyak RM 100.

Monday, 18 July 2011
Public Mutual Lancar Dua Dana Baru
Utusan Malaysia
18/06/2011
KUALA LUMPUR 18 Julai - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public Bank), Public Mutual Bhd. (Public Mutual) melancarkan dua dana Islam baru, Public Dana Islamic Treasures Growth (PITGF) dan Public Dana Sukuk (PSKF) pada hari ini.
PITGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mematuhi Syariah.
PSKF pula merupakan sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran kewangan Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, PITGF menawarkan pelabur peluang untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk tumbuh dengan memfokuskan pelaburannya dalam saham bermodal kecil hingga sederhana yang mematuhi Syariah.
Jelasnya, saham-saham bermodal kecil hingga sederhana secara umumnya menawarkan peluang pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan saham-saham bersaiz lebih besar kerana asas perolehan mereka lebih kecil.

Tuesday, 12 July 2011
Kenapa Jangka Masa Melabur dalam Unit Amanah Amat Penting ?
Mengetahui tempoh masa yang anda ingin melabur adalah amat penting dalam Unit Amanah kerana ini dapat membantu anda merancang Pelaburan,Umpamanya bagi memilih Produk Pelaburan yang sesuai,memantau prestasi dana pelaburan tersebut dan amat penting bagi mengurus risiko pelaburan itu.Kelas-kelas dana Pelaburan selalunya terdiri dari Dana-dana konservertif, Dana-dana Seimbang,Dana Pertengahan dan juga Dana-dana Agresif.
Anda mungkin boleh melabur dengan lebih Agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang.Dana-dana Agresif mungkin menjadi pilihan anda.Seseorang yang berumur 24 tahun dan baru bekerja boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko tinggi ( Dana Agresif).Ini kerana beliau mempunyai banyak masa atau jangka masa panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian ataupun tidak berkembang seperti yang ia kehendaki.Belaiu juga mempunyai banyak masa untuk mengurus resiko pelaburan itu dan menguruskan agar mencapai matlamat dan objektif pelaburannya.
Bagi seseorang yang hampir bersara pula secara umumnya patutlah lebih konservertif dan mengambil jalan yang kurang berisiko,memandangkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk pengubahsuaian,sekiranya pelaburan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
Walau bagaimanapun umur bukanlah menjadi faktor utama dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda.Faktor lain seperti tahap toleransi terhadap risiko,Objektif pelaburan,Jangkaan Pulangan dan juga bila anda memerlukan hasil pelaburan itu ,harus juga diambil kira.Contohnya seorang pelabur yang berusia 35 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun.Disebabkan jangka masa pendek,dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana beliau hanya mempunyai sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian atau tidak berjalan seperti yang di jangkakan.Oleh kerana mempunyai matlamat janka pendek,dia tidak boleh melabur dalam produk yang berisiko tinggi atau Dana-dana Agresif,Walaupun beliau mempunyai banyak lagi masa sebelum tempoh persaraan.Masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan.
Sebagai Pelabur Unit Amanah yang bijak ,melabur dalam jangka masa sederhana atau jangka masa panjang adalah perlu diberi keutamaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)