Wednesday, 13 June 2012

Melabur kena ada Matlamat

Pelaburan Tanpa Matlamat sama seperti tiada arah tujuan hidup bagai layang-layang terputus tali.Sentiasa mengikut arah angin seperti pelabur terikut-ikut kata orang ramai yang kadang-kadang langsung tidak melabur apa-apa walaupun dalam Unit Trust ( Unit Amanah ).
Secara umum matlamat atau faktor melabur terbahagi kepada tiga,iaitu matlamat jangka masa pendek,matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka masa panjang.
  Matlamat jangka pendek merangkumi keinginan yang ingin dicapai dalam tempoh  kurang satu tahun,jangka sederhana melibatkan tempoh masa lebih setshun hingga tiga atau lima tahun.Matlamat jangka panjang pula di capai dalam tempoh lebih lima tahun.
   Pelaburan atau simpanan seperti membiayai aktiviti bercuti dengan anak-anak atau membeli telefon pintar yang canggih merupakan matlamat jangka pendek.Pelaburan atau simpanan bagi membaiyai pendidikan anak-anak,kos menampung bayaran pendahuluan kereta antara contoh matlamat jangka sederhana.Manakala Matlamat jangka panjang pula melibatkan matlamat melabur bagi tujuan persaraan mahupun mencapai kebebasan kewangan.
 Secara ringkas,individu melabur adalah bertujuan menyediakan modal dan pendapatan untuk tujuan akan datang,sama ada bagi memenuhi keperluan mahupun kehendak individu ataupun memindahkan atau mewariskan kepada generasi akan datang.
  Pelaburan dan simpanan juga bermatlamat menyediakan lindungan nilai kepada inflasi atau dalam bahasa mudah,mengekalkan kuasa beli individu.
  Bagi memenuhi matlamat individu,lazimnya pelaburan menawarkan dua jenis pulangan iaitu pendapatan dan pertumbuhan.
   Pendapatan ditakrifkan sebagai umlah wang yang diterima seperti perniagaan bersih,pendapatan sewa,faedah dan dividen.Sementara pertumbuhan ditakrifkan sebagai peningkatan nilai modal pelaburan.
Pelabur yang melabur tanpa matlamat selalunya terikut-ikut dengan kata-kata orang ramai dan juga terpengaruh dengan khabar angin dan menyebabkan mengalami kerugian tanpa meneruskan apa matlamat sebelumnya.Jika Pelaburan kita bermatlamat jangka panjang untuk persaraan adalah tidak perlu riasu dengan turun naik pelaburan anda kerana matlamat Jangka Panjang pasti akan meningkatkan modal pelaburan dan juga peningkatan pendapatan dividen bagi peaburan Anda terutama dalam pelaburan Unit Trust ( Unit Amanah ).

Thursday, 31 May 2012

Apakah sebenarnya unit amanah?
* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.
* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut
* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.
* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik
* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Wednesday, 16 May 2012

Bagaimana nak melabur jika akaun 1 KWSP saya tak cukup?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya, ramai orang yang nak melabur menggunakan EPF. Tapi ada yang salah faham, ingat boleh labur dengan jumlah keseluruhan. Saya pernah berjumpa dengan prospek yang betul-betul berminat dan confident gila, bahawa dia layak melabur. Tetapi setelah saya tunjukkan cara pengiraan untuk melabur, mereka tak layak. Betapa sedihnya prospek ni.
Untuk pelaburan menggunakan EPF, hanya dibenarkan menggunakan akaun 1. Tujuannya adalah untuk menambah dan meningkatkan duit persaraan. Akaun 2 adalah untuk membeli rumah, hospital dan pendidikan. Yang terbaru, duit akaun 2 boleh buat daftar haji.
Jika akaun 1 tak cukup, anda boleh menggunakan akaun 2 untuk mencukupkan akaun 1. Katakanlah anda dah ada rumah dan akaun 2 memang dah tak nak guna, anda boleh transfer duit akaun 2, masuk ke akaun 1.
Tetapi, sebelum membuat keputusan ini, fikirlah sebaik-baiknya. Kerana  jika anda sudah memindahkan duit akaun 2 masuk ke akaun 1, anda sudah tidak boleh memindahkan duit tersebut masuk ke akaun 2 semula.
Jadi…….sila kira betul-betul, berapa jumlah akaun 1 anda. Dan berapa jumlah yang diperlukan untuk mencukupkan pelaburan. Kalau dah kira-kira, tambah akaun 2 pun tak cukup lagi…..lebih baik tak payah.
“Kalau tak cukup, boleh tak nak cukupkan guna cash?”. Minta maaf banyak-banyak ye cik. Kalau macam tu memang tak boleh. Sebab pelaburan cash dan epf adalah dua akaun yang berbeza.
Epf adalah untuk persaraan, yang mana duit tu nanti hanya boleh di ambik pada waktu umur 55 tahun. Pelaburan cash pula, anda boleh ambik pada bila-bila masa.
Untuk mendapatkan borang berkaitan pemindahan akaun 2 ke akaun 1, sila klik di sini.
Okey…..sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda sudah bersedia untuk melabur, jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya.

Thursday, 22 March 2012

Kenapa Orang rugi melabur dalam Unit Amanah

Soalan cepumas yang sering di ajukan pada saya oleh orang yang belum melabur tetapi pernah mendengar kawannya rugi kerana melabur dalam unit trust.
Melabur didalam unit trust memang akan mengalami kerugian. Haah!!!…macam mane ni?. Rilekslah, tenang dulu.
Ada beberapa faktor yang akan menyebabkan seorang pelabur mengalami kerugian. Diantaranya adalah :
>Menjual pada harga yang rendah
Sebenarnya, faktor ini tidak semestinya menyebabkan kerugian. Jika anda melabur dalam jangkamasa sekejap atau pun nak guna duit dan terpaksa jual pada harga yang rendah, memanglah rugi. Tetapi, jika melabur untuk jangkamasa yang lama dapat dipastikan memang untung. Kerana, setiap tahun dapat dividen, kemudian dividen akan dilaburkan semula. Jadi, walapun terpaksa jual pada harga rendah, anda akan tetap untung. Sebab pokok dah bertambah banyak dan setiap tahun berbuah. Ingat tak kisah tanam pokok durian. Lebih kurang macam tulah.
>Tidak sabar (nak cepat untung)
Pelaburan unit trust ni, adalah untuk jangkamasa panjang. Minimum pun kena tungggu 3 tahun. Tapi ada jugak, baru labur setahun dah untung. Pelaburan unit trust ni sesuai untuk orang yang sabar. Kalau anda jenis yang tak sabar, memang sesuai melabur direct di BSKL.
>Panik (dengar cakap orang yg tak pernah melabur)
Yang nilah faktor yang selalu menyebabkan pelabur rugi. Kerana, suka sangat dengar cakap orang ataupun kawan-kawan. Biasanya kita memang cenderung untuk mendengar cakap orang. Dan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk consultant terlebih dulu. Jadi, tolong jangan dengar cakap kawan. Rujuk ejen anda terlebih dahulu. (kalau ejen anda dah tak aktif, boleh hubungi saya).:)
>Tidak menepati objektif asal pelaburan
Diawal memulakan pelaburan, matlamat pelaburan anda adalah untuk pendidikan anak. Tiba-tiba, buat renovation rumah dan tak cukup bajet. Terpaksalah jual pelaburan anda.
>Menganggap pelaburan unit trust ni macam main saham
Pelaburan unit trust ni bukan main saham. Memang betul, dana-dana di dalam unit trust melabur di Bursa Saham. Tetapi…..bukannya semua duit dilaburkan di bursa saham. Pengurus dana akan membuat asset allocation, dan akan melaburkan duit anda pada bon ataupun money market. Bergantung pada jenis dana. Yang ni, memang kena rujuk dengan ejen.
Pokok pangkalnya, pelaburan unit trust ni memang untuk orang yang sabar. Kalau pelaburan unit trust ni buat orang rugi, EPF tak kan benarkan ahlinya melabur dan  dah lama syarikat unit trust kat Malaysia ni kena tutup .
Adakah anda orang yang sabar dan bersedia memulakan pelaburan?.Jika ya…sila hubungi saya untuk memulakan pelaburan

Tuesday, 14 February 2012

Tekini Pelaburan Bijak Cara Jutawan

Saya tahu anda seorang yang rajin bekerja dan memberi khidmat yang tidak berbelah bagi kepada syarikat atau jabatan tempat anda bekerja. Ramai yang bekerja tetapi selepas hampir 30 tahun memberikan khidmat, mereka terpaksa bergantung kepada duit pencen yang hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.
Kemudian mereka terpaksa bekerja semula dengan gaji rendah dan pusingan hidup bekerja berulang lagi. Saya harap ini tidak terjadi kepada anda kerana anda bakal mengetahui bagaimana anda boleh bekerja makan gaji dan menjadi jutawan apabila bersara kelak.

Kemana wang anda pergi !                                                                      
Apabila anda menerima gaji setiap bulan, apakah yang anda lakukan?
Jika anda tergolong dalam 90% orang biasa, tentunya anda berikan gaji anda kepada orang lain terlebih dahulu. Anda tidak percaya?
Ini bermaksud anda mungkin berikan dahulu kepada bank (bayar bil rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya) telekom, courts mammoth, tanjung golden village (tengok wayang), shopping di Jusco dan sebagainya. Ini memang biasa sebab semua orang lakukannya. Tetapi anda sebenarnya telah melakukan kesilapan yang akan menyebabkan anda terpaksa bekerja semula selepas 55 tahun kelak!
Kadangkala Anda terlupa…

YA! Anda lupa untuk berikan duit kepada diri anda sendiri!
Mengapa anda sanggup bertungkus lumus, bangun awal pagi dan apabila anda menerima gaji anda berikan kepada orang lain dahulu. Sekarang, selepas anda mendapat gaji anda mesti mulakan tabiat baru untuk berikan ganjaran kepada diri anda dahulu!
Kemudian barulah kepada orang lain. Berapa banyak?
Paling baik ialah antara 20-30 peratus daripada gaji anda disimpan untuk pelaburan masa depan!
Jika anda menerima gaji RM2000 sebulan, RM400 – RM500 mestilah disimpan untuk pelaburan dan anda gunakan bakinya untuk membayar kepada orang lain. Tapi gaji saya tidak cukup? Gaji anda tidak cukup disebabkan anda berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Jika gaji anda RM2000, anda mesti hidup dengan 60% – 70% daripada gaji anda.

Saturday, 14 January 2012

Bagaimana Ingin mejadi JUTAWAN dengan MENGGANDAKAN Pelaburan Persaraan Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
 Rancang bagaimana Ingin mejadi JUTAWAN dengan MENGGANDAKAN  Pelaburan Persaraan Anda ( Retirement Fund ). Melalui PENGELURAN Akaun 1 KWSP dan melabur ke  Unit Trust Islamic.
      1.        Jika Umur Anda sekarang        =  35 Tahun
     
2.       Jangkaan Umur Persaraan    =  60 Tahun - ( Umur Pesaraan Terkini )
     
3.       Pelaburan Setiap 3 Bulan Sekali  (Akaun 1 KWSP )     =  3000  ( 12,000 Setahun ).
     
4.       Jangkaan Keuntungan         = 10 %  -  ( Keuntungan Unit Trust  8  - 15%  setahun  )

Dana Persaraan Anda  = 1,288,511.77 ( Persara JUTAWAN )

Sila layari link dibawah  untuk mengira  Dana Persaraan Anda ,Jika anda memulakan pelaburan mengikut umur anda sekarang .Rancang Permulaan Perlaburan Anda  ,   berapa Pelaburan Setiap 3 Bulan Sekali  - Akaun 1 KWSP   Anda ,serta jangkaan keuntungan pelaburan Unit Trust Anda.

Kira Jumlah Simpanan KWSP yang boleh Anda Laburkan ke Unit Amanah di Link di bawah :
Anda boleh menentukan berapa dana Persaran Anda Jika anda bermula dari sekarang -Masa adalah segalanya –Bermulalah melabur dari sekarang..
Hubungi saya  jika berminat  dengan melayari link  http://unitamanahkwsp.ismybiz.net/
Atau  SMS KE  Hp: 019 2992043 ( Ahmad Suhairi  )- untuk memulakan pelaburan Anda.
Insyallah.

Wednesday, 4 January 2012

Pasaran Tempatan dijangka kembali Kukuh

Selepas berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan ketidaktentuan ekonomi global tahun lalu,pasaran saham tempatan dijangka pada tahun baru dengan nada yang positif disokong faktor domestik yang kukuh.Pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi( ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menjadi faktor utama yang menyokong pasaran saham tempatan daripada terjejas teruk berikutan ketidaktentuan pasaran global.
  Pasaran Global dijangkakan kekal tidak menentu tahun ini berikutan krisis hutang Eropah yang semakin meruncing dan kelemahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.
Ramai penganalisis pasaran melihat pasaran saham tempatan dijangka mencatatkan aliran kukuh awal tahun ini  didorong  kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan pada Mac tahun ini.Sehubung itu,aktiviti belian dijangka tertumpu kepada saham syarikat yang mempunyai prospek yang cerah pada masa depan seperti perladangan,pembinaan,minyak dan gas.