1- Mengekalkan matlamat pelaburan sederhana dan Jangka Panjang ( 3 tahun dan ke atas ).Pelabur tidak perlu terlalu panik atau gundah gelana dengan penurunannya indeks FBM KLCI kerana matlamat pelaburan anda adalah jangka masa sederhana dan masa jangka panjang,Selagi anda tidak mengeluarkan pelaburan,anda tidak rugi apa-apa walaupun nilai pelaburan anda makin menyusut .Jika anda Panik dan mengeluarkan pelaburan ketika jangka masa krisis atau bila harga rendah maka anda akan mendapat kerugian yang tidak sepatutnya.Pelaburan anda akan meningkat berganda kembali bila ekonomi semakin Pulih dan mengambil masa sedikit bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda iaitu pelburan jangka masa sederhana dan panjang .Indeks FBM KLCI bagai Roller-Coaster ( roda ) lihat jadual di bawah : Merujuk jadual di
bawah kejatuhan FBM KLCI dilihat dalam masa diantara 10 hari ke 3 bulan sahaja dan mungkin lebih bergantung kepada krisis.
2- Menambahkan Pelaburan Unit Amanah Anda. Prinsip utama Unit Amanah dan Saham ialah beli pada harga rendah dan Jual pada harga tinggi.Dengan kejatuhan harga seunit saham adalah peluang keemasan terbaik untuk menambahkan pelaburan anda untuk mendapatkan unit yang lebih banyak.Bila bilangan unit amanah bertambah dan anda akan mendapat keuntungan berganda bila ekonomi pulih kembali.lihat contoh dibawah :
Contoh: Jika anda telah melabur sebanyak RM1000 dengan harga 0.2549 , perolehan unit adalah sebanyak 3,923.11. Jika penambahan dibuat ketika harga seunit saham telah jatuh rendah dari awal pelaburan maka pelaburan RM1000 anda, akan mendapat penambahan unit yang lebih iaitu , sebanyak 4,914.00. dilaburkan pada harga 0.2035, perbezaan unit yang banyak dapat dilihat bila membeli dalam harga rendah walaupun dalam nilai ringgit yang sama.
3.Sentiasa mempraktikkan strategi nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging) dalam pelaburan Unit Amanah. Potensi pulangan pelaburan kita dapat ditingkatkan dengan mempraktikkan strategi pemurataan Nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging). Kaedah ini (DCA) dapat menyelesaikan masalah dalam menentukan masa yang tepat untuk membuat pelaburan dengan mengambil kira risiko keadaan semasa pasaran.Kita boleh membuat pelaburan dalam jumlah yang tetap setiap bulan atau melabur secara berkala dan berterusan. Dalam tempoh jangkamasa panjang,kita berpotensi mendapat manafaat daripada pengurangan kos belian keseluruhan pelaburan serta berpeluang meningkatkan potensi pulangan pelaburan. Ingat bahawa tujuan pelaburan didalam unit amanah adalah untuk jangkamasa sederhana/Panjang. Amalan ini (DCA) diguna pakai oleh kebanyakkan pemegang unit amanah dalam meminimakan risiko berkaitan pelabuan yang besar pada sesuatu masa.
Mengapa perlu menambah pelaburan?Contoh: Jika anda telah melabur sebanyak rm2,124.27 dengan harga 0.3512 , perolehan unit adalah sebanyak 6,048.61. Seterusnya pada penambahan berikut, sebanyak rm1,844.66 dilaburkan dengan harga 0.2644, perolehan unit adalah sebanyak 6,976.78.
Purata kos pelaburan sebenar adalah = (RM2,124.27 + RM1,844.66)/(6,048.61 unit + 6,976.78 unit) = RM0.3047/unitKelebihan yang didapati apabila pelaburan di tambah:1. "Break even point" atau titik pulangan modal anda akan berlaku pada harga yang lebih rendah berbanding pada harga kemasukan pertama anda iaitu 0.3047 berbanding 0.3512
2. Mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Jika anda biarkan sahaja pelaburan pertama pada kadar 0.3512 dan tidak membuat tambahan, anda terpaksa menunggu hingga harga menjadi 0.3512 ke atas untuk mendapat untung. Tetapi pada harga purata 0.3047, anda akan dapat untung yang lebih sebaik sahaja harga meningkat lebih dari 0.3047 berbanding harga 0.3512.
3. Dapat membeli dan mengumpul lebih unit pada harga murah berbanding pada harga mahal.
Fokus kepada objektif pelaburan jangka masa sederhana hingga panjang. Pusingan turun naik saham adalah normal dan setiap penurunan pasti akan ada kenaikan.