Lazimnya banyak cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:Tentu ramai yang tak pasti cara untuk menyimpan dan menambahkan kekayaan mereka, Marilah kita bandingkan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya yang bersesuai dengan keperluan anda,tahap fleksible menanggung resiko dan apa matlamat pelaburan dan masa yang di perlukan untuk menimati pelaburan anda..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% - 2% pulangan)Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa +-5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (3% - 4% pulangan)Penerangan: Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% - 300%)Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham
Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran remisier yang tinggi dsb
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya Penerangan: Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syariukat sebagai cagaran
Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika matang tak kira untung atau rugi.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)Penerangan: pelaburan dalam hartanah seperti rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi
Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iaitu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.
>----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Pelaburan Emas ( Simpanan Fizikal- barang kemas/syilling emas/kijang emas/dinar emas dan Bukan fizikal -Investment account/saving Gold -Maybank,Public Bank dll. ) (10% ke atas)
Penerangan: Emas merupakan Simpanan/Pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Kebaikan:
Kecairan tinggi dan resiko rendah bagi jangkamasa sederhana dan panjang.
Keburukan:
Ketulinan Emas dan Keselamatan menyimpan emas fizikal
Modal permulaan yang Tinggi.
Resiko penipuan.
Terdapat pengurangan harga atau caj tertentu ketika jualan .

>