Wednesday, 4 January 2012

Pasaran Tempatan dijangka kembali Kukuh

Selepas berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan ketidaktentuan ekonomi global tahun lalu,pasaran saham tempatan dijangka pada tahun baru dengan nada yang positif disokong faktor domestik yang kukuh.Pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi( ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menjadi faktor utama yang menyokong pasaran saham tempatan daripada terjejas teruk berikutan ketidaktentuan pasaran global.
  Pasaran Global dijangkakan kekal tidak menentu tahun ini berikutan krisis hutang Eropah yang semakin meruncing dan kelemahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.
Ramai penganalisis pasaran melihat pasaran saham tempatan dijangka mencatatkan aliran kukuh awal tahun ini  didorong  kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan pada Mac tahun ini.Sehubung itu,aktiviti belian dijangka tertumpu kepada saham syarikat yang mempunyai prospek yang cerah pada masa depan seperti perladangan,pembinaan,minyak dan gas.
Ketua Penyelidik Jupiter Securities,Pong Teng Siew,berkata pasaran saham tempatan dijanka kekal kukuh,peningkatan pelaburan swasta serta pertumbuhan exsport antara faktor utama yang bakal menyokong pasaran saham tempatan." Kecairan pasaran tempatan kekal kukuh dan ini menggalakkan pelaburan meskinpun wujud ketidaktentuan pasaran global.Bagi tempoh enam bulan akan datang,saya menjangkakan indeks  penanda aras,FBM KLCI akan berada pada paras 1,600 mata"katanya pada beritaharian.
JF Apex Securities melihat pasaran saham tempatan mencatatkan aliran positif pada separuh  kedua 2012 disokong prospek ekonomi yang lebih baik pada 2013 yang akan merangsang belian di pasaran tepatan.'Kami jangka pasaran tempatan pada separuh pertama berada dalam keadaan tidak menentu berikutan faktor luaran yang negatif.Kami menyasarkan FBM KLCI akan berada pada paras antara 1,320 dan 1,520 dalam tempoh itu dan mencecah paras 1,560 mata menjelang akhir tahun'jelasnya.
 Dalam keadaan pasaran tidak menentu sepanjang tahun 2011,indeks penanda aras pasaran saham tempatan,FBM KLCI masih mampu mencatatkan paras penutup paling tinggi dalam sejarah iaitu 1,594.74 mata pada 8 julai 2011 manakala mencecah paras terendah iaitu 1,331.80 mata pada 26 September.
Manakala sesi dagangan terakhir 2011,FBM KLCI melonjak 24.04 mata untuk ditutup pada 1,530.73 dengan 1.3 bilion saham bernilai RM1.5 bilion didagangkan.
Bagi pelabur saham amanah adalah penting menetapkan matlamat jangka sederhana dan panjang bagi mendapat keuntungkan maximum dari pelaburan anda.Selamat Melabur.


Sebahagian tulisan petikan dari Berita Harian oleh Mahanum Abdul Aziz
31 Disember 2011