Wednesday, 27 July 2011

Inflasi dan Pengaruhnya ke atas Pelaburan

Inflasi tidak dapat dielakkan dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghadapi pengaruhnya dalam pelaburan.Dalam beberapa bulan kebelakangan ini,peningkatan harga makanan dan komoditi telah memburukkan lagi tekanan inflasi di negara kita dan juga di seluruh dunia terutamanya bagi kebanyakkan ekonomi serantau.
Oleh kerana inflasi menghakis kuasa pembelian dan nilai mata wang,peningkatan harga makanan dan komoditi yang mendadak juga menjejaskan nilai sebenar simpanan kita dalam jangka masa panjang.Demi mengikut rentak inflasi,pelabur-pelabur perlu memegang satu portfolio dana-danan ekuti yang pelbagai kerana pulangan daripada dana-dana ini biasanya dapat mengatsai kadar inflasi melalui satu jangka masa yang lebih panjang.

Thursday, 21 July 2011

Pengeluaran Unit Amanah

Pelaburan Unit Amanah adalah sangat fleksible.Pelabur boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian atau kesemua Pelaburan mereka pada bila-bila masa.Namun begitu,sekiranya pelabur cuma ingin mengelurkan sebahagian pelaburan,Pelabur kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1000 unit ( Bukan RM 1000 ) didalam akaun pelaburan.
Walaupun sesebuah akaun pelaburan sudah kosong,namun akaun pelaburan tersebut masih lagi aktif dalam masa 6 ke 7 tahun.Dalam tempoh ini,pelabur boleh membuat pelaburan tambahan pada bila-bila masa dengan jumlah penambahan minimum sebanyak RM 100.

Monday, 18 July 2011

Public Mutual Lancar Dua Dana Baru

Utusan Malaysia
18/06/2011
KUALA LUMPUR 18 Julai - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public Bank), Public Mutual Bhd. (Public Mutual) melancarkan dua dana Islam baru, Public Dana Islamic Treasures Growth (PITGF) dan Public Dana Sukuk (PSKF) pada hari ini.

PITGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mematuhi Syariah.
PSKF pula merupakan sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran kewangan Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, PITGF menawarkan pelabur peluang untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk tumbuh dengan memfokuskan pelaburannya dalam saham bermodal kecil hingga sederhana yang mematuhi Syariah.
Jelasnya, saham-saham bermodal kecil hingga sederhana secara umumnya menawarkan peluang pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan saham-saham bersaiz lebih besar kerana asas perolehan mereka lebih kecil.

Tuesday, 12 July 2011

Kenapa Jangka Masa Melabur dalam Unit Amanah Amat Penting ?

Mengetahui tempoh masa yang anda ingin melabur adalah amat penting dalam Unit Amanah kerana ini dapat membantu anda merancang Pelaburan,Umpamanya bagi memilih Produk Pelaburan yang sesuai,memantau prestasi dana pelaburan tersebut dan amat penting bagi mengurus risiko pelaburan itu.Kelas-kelas dana Pelaburan selalunya terdiri dari Dana-dana konservertif, Dana-dana  Seimbang,Dana Pertengahan dan juga Dana-dana Agresif.
  Anda mungkin boleh melabur dengan lebih Agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang.Dana-dana Agresif mungkin menjadi pilihan anda.Seseorang yang berumur 24 tahun dan baru bekerja boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko tinggi ( Dana Agresif).Ini kerana beliau mempunyai banyak masa atau jangka masa panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian ataupun tidak berkembang seperti yang ia kehendaki.Belaiu juga mempunyai banyak masa untuk mengurus resiko pelaburan itu dan menguruskan agar mencapai matlamat dan objektif pelaburannya.
  Bagi seseorang yang hampir bersara pula secara umumnya patutlah lebih konservertif dan mengambil jalan yang kurang berisiko,memandangkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk pengubahsuaian,sekiranya pelaburan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
  Walau bagaimanapun umur bukanlah menjadi faktor utama dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda.Faktor lain seperti tahap toleransi terhadap risiko,Objektif pelaburan,Jangkaan Pulangan dan juga bila anda memerlukan hasil pelaburan itu ,harus juga diambil kira.Contohnya seorang pelabur yang berusia 35 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun.Disebabkan jangka masa pendek,dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana beliau hanya mempunyai sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian atau tidak berjalan seperti yang di jangkakan.Oleh kerana mempunyai matlamat janka pendek,dia tidak boleh melabur dalam produk yang berisiko tinggi atau Dana-dana Agresif,Walaupun beliau mempunyai banyak lagi masa sebelum tempoh persaraan.Masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan.
  Sebagai Pelabur Unit Amanah yang bijak ,melabur dalam jangka masa sederhana  atau jangka masa panjang adalah perlu diberi keutamaan.

Monday, 11 July 2011

Berapa lama masa saya perlu Melabur dalam Unit Amanah?

Tempoh masa pelaburan merujuk kepada masa sesuatu Pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (Pencairan).Tempoh pelaburan boleh difinasikan dalam tempoh :

1- Jangka Masa Pendek ( 1 Tahun hingga ke  3 tahun ).
2 - Jangka Masa Sederhana ( 3 Tahun hingga ke 5 tahun ).
3 - Jangka Masa Panjang ( Melebihi 5 tahun dan keatas )

  Tiada tempoh masa yang betul atau salah dalam pelaburan Unit Amanah,ia bergantung kepada Objektif atau matlamat pelaburan itu serta tahap toleransi pelabur terhadap risiko,ia itu berapa banyak dan lama risiko yang bersedia di ambil oleh Pelabur itu sendiri.Pelaburan yang bijak harus tahu Matlamat pelaburan itu dibuat.Pelaburan tanpa matlamat dan Objektif, adalah seperti kapal belayar dilautan luas tanpa arah tuju dan distinasi,hanya mengikut arah angin yang bertiup.Melabur dalam jangka masa panjang adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dan menambahkan gandaan pelaburan anda dalam Unit Amanah.

More People taking out EPF Funds to Invest

Newstraitstimes
2011/06/09

KUALA LUMPUR:
 A total of RM7.6 billion was withdrawn from the Employees Provident Fund by contributors in the first three months of this year compared with RM6.54 billion during the same period last year.
The number of withdrawals during the period this year was 415,706 compared with 326,612 last year.

EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.
He said the number of members who were using the EPF Kiosks to retrieve their account statements had also gone up from 1,177,000 in the first quarter of last year to 1,760,000 in the same period this year.
"Service excellence and satisfaction today is closely related to the level of convenience an organisation is able to extend to its customers and members.

"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.
In the first quarter of the year, the EPF also recorded a 51.24 per cent increase in applications from members who opted for Felxible Age 55 Withdrawals as opposed to Lump Sum Withdrawals.
"A total of 22,488 applications were received compared with 14,869 in the first three months of last year.

"The growing number reflects members' awareness on the significance of stretching their savings throughout their retirement years and also their growing concern that lump sum withdrawal will likely result in income inadequacy during the period."

Thursday, 7 July 2011

"Rule of 72 " Formula mudah untuk mengira kadar Pulangan Gandaan Wang Pelaburan Anda.

Dalam pelaburan unit amanah Islam, kita sudah pasti mengharapkan pulangan yang menguntungkan. Apatah lagi jika pulangan tersebut berlipat ganda daripada jumlah yang kita laburkan. Ada satu formula yang dipanggil ‘Rule of 72′ – formula mudah untuk mengira jumlah masa yang diperlukan untuk mengganda duakan (double) modal yang dilaburkan. Formula ini adalah berasaskan prinsip ‘compounding interest’.
Sebagai contoh, jika anda melaburkan RM30,000 di dalam satu dana unit amanah Islam dan mensasarkan jumlah RM60,000 daripada modal yang dilaburkan tadi dalam masa 6 tahun, anda perlu melabur di dalam dana unit amanah Islam yang boleh memberikan ‘Return on Investment’ (ROI) sebanyak 12% setahun, berdasarkan contoh kiraan seperti berikut:
Kadar Pulangan yang Diperlukan untuk Menggandakan Pelaburan Anda dalam Tempoh Masa yang Ditetapkan
= 72 ÷ Bilangan Tahun yang Disasarkan untuk Menggandakan Pelaburan
= 72 ÷ 6
= 12 peratus setahun
Berikut adalah contoh jadual yang merumuskan ‘Rules of 72′.

Tuesday, 5 July 2011

Jenis-jenis Dana Unit Amanah

Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.
Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund)
Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.
Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)
Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.
Dana Seimbang (Balanced Fund)
Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.

Monday, 4 July 2011

Pelaburan ASN/ASB Tidak Halal ??

 Pelbagai pendapat mengenai Halal atau tidak pelaburan ASB dan ASN bermain difikiran kita sejak dulu lagi,  terkini Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.
 Apa yang jelas,  walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Maklumat lanjut : Sila Klik link dibawah ulasan dari ustaz Zaharuddin :
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html

Di mana saya boleh Melabur?

Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:


1.Melabur dalam Unit Trust @Unit Amanah,Saham dan Bon .

2.Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan,
   tetapi membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh
   pendapatan daripada sewaan.

3.Kumpul barang yang nilainya akan naik ( Barang Kemas seperti Emas,
   Barang-barang antik, dll )


4.Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda
   mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu,
   bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan
   yang lebih banyak.

Friday, 1 July 2011

Perbezaan Unit Amanah@Unit Trust dengan Pelaburan Saham.

Pelaburan Unit Trust@ Amanah Saham boleh diibaratkan seperti kita menaiki sebuah Pesawat Kapal Terbang,tetapi di pandu oleh juruterbang yang terlatih serta profesional serta dilayan oleh pramugari /pramugara yang terlatih.Kita hanya menaiki kapal terbang dengan tenang dan sampai ke distinasi yang dituju dengan selamat.Dalam Pelaburan Unit Amanah bermakna Pelaburan kita mencapai matlamat yang kita telah tetapkan dan mendapat keuntungan yang berganda.
Pelaburan Saham pula ibarat kita naik Sebuah Pesawat Kapal Terbang yang kita pandu sendiri.Tentu menyeronokkan kalau kita boleh pandu sendiri,tapi tentulah memerlukan masa untuk mendapatkan lesen dan kemahiran tertentu untuk membawa Pesawat Kapal Terbang dengan selamat.Jika tanpa kemahiran yang tinggi sudah tentu kita jatuh tersungkur.Jadi sebagai pelabur yang bijak maka terserahlah pada kita untuk memilih dimana untuk kita melaburkan wang Anda mengikut kemahiran dan tahap mana kebolehan anda dalam bidang pelaburan jika tidak serahkanlah pada yang Profesional seperti Pelaburan Amanah Saham ,yang di selengarakan oleh Badan yang Profesional seperti di Public Mutual Berhad, Biarlah Wang Anda bekerja dengan lebih bijak untuk Anda, demi masa depan Anda dan keluarga .Ayuh!! lakukan langkah pertama kerana kita akan menjelajah beribu batu lagi dalam Unit Amanah yang menyeronokan.