Tuesday, 12 July 2011

Kenapa Jangka Masa Melabur dalam Unit Amanah Amat Penting ?

Mengetahui tempoh masa yang anda ingin melabur adalah amat penting dalam Unit Amanah kerana ini dapat membantu anda merancang Pelaburan,Umpamanya bagi memilih Produk Pelaburan yang sesuai,memantau prestasi dana pelaburan tersebut dan amat penting bagi mengurus risiko pelaburan itu.Kelas-kelas dana Pelaburan selalunya terdiri dari Dana-dana konservertif, Dana-dana  Seimbang,Dana Pertengahan dan juga Dana-dana Agresif.
  Anda mungkin boleh melabur dengan lebih Agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang.Dana-dana Agresif mungkin menjadi pilihan anda.Seseorang yang berumur 24 tahun dan baru bekerja boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko tinggi ( Dana Agresif).Ini kerana beliau mempunyai banyak masa atau jangka masa panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian ataupun tidak berkembang seperti yang ia kehendaki.Belaiu juga mempunyai banyak masa untuk mengurus resiko pelaburan itu dan menguruskan agar mencapai matlamat dan objektif pelaburannya.
  Bagi seseorang yang hampir bersara pula secara umumnya patutlah lebih konservertif dan mengambil jalan yang kurang berisiko,memandangkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk pengubahsuaian,sekiranya pelaburan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
  Walau bagaimanapun umur bukanlah menjadi faktor utama dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda.Faktor lain seperti tahap toleransi terhadap risiko,Objektif pelaburan,Jangkaan Pulangan dan juga bila anda memerlukan hasil pelaburan itu ,harus juga diambil kira.Contohnya seorang pelabur yang berusia 35 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun.Disebabkan jangka masa pendek,dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana beliau hanya mempunyai sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian atau tidak berjalan seperti yang di jangkakan.Oleh kerana mempunyai matlamat janka pendek,dia tidak boleh melabur dalam produk yang berisiko tinggi atau Dana-dana Agresif,Walaupun beliau mempunyai banyak lagi masa sebelum tempoh persaraan.Masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan.
  Sebagai Pelabur Unit Amanah yang bijak ,melabur dalam jangka masa sederhana  atau jangka masa panjang adalah perlu diberi keutamaan.