Wednesday, 27 July 2011

Inflasi dan Pengaruhnya ke atas Pelaburan

Inflasi tidak dapat dielakkan dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghadapi pengaruhnya dalam pelaburan.Dalam beberapa bulan kebelakangan ini,peningkatan harga makanan dan komoditi telah memburukkan lagi tekanan inflasi di negara kita dan juga di seluruh dunia terutamanya bagi kebanyakkan ekonomi serantau.
Oleh kerana inflasi menghakis kuasa pembelian dan nilai mata wang,peningkatan harga makanan dan komoditi yang mendadak juga menjejaskan nilai sebenar simpanan kita dalam jangka masa panjang.Demi mengikut rentak inflasi,pelabur-pelabur perlu memegang satu portfolio dana-danan ekuti yang pelbagai kerana pulangan daripada dana-dana ini biasanya dapat mengatsai kadar inflasi melalui satu jangka masa yang lebih panjang.
Inflasi akan menjejaskan kekayaan pelabur-pelabur ,dan juga mengurangkan kuasa pembelian mereka dengan ketara.Berikut adalah cara-cara bagi anda untuk menangani Inflasi :

1. Mengekalkan satu portfolio yang pelbagai.
2 .Mengurangkan pegangan tunai yang besar dalam portfolio anda.
3. Melabur dalam sector-sector bermanfaat daripada inflasi berdasarkan komoditi.
4. Menguruskan hutang dengan bertanggungjawap dan berkesan

Sebagaimana yang anda ketahui,penekanan adalah kepada mengekalkan nilai sebenar bagi portfolio pelaburan anda.Maka,adalah bijak anda sebagai pelabur supaya melabur dalam kelas-kelas aset seperti ekuiti yang boleh mengatasi inflasi dalam jangka masa panjang.