Saturday, 10 December 2011

Kenapa tidak boleh melabur Emas melalui KWSP/EPF ?

Assalamualaikum….
  Semenjak akhir-akhir ni, sibuk orang bercerita pasal pelaburan emas. Bak kata orang laris macam goreng pisang panas. Ada juga yang bertanya nak melabur emas guna duit KWSP/EPF. Tujuannya untuk membuat pelaburan untuk persaraan nanti.
  Tapi malangnya……EPF tidak membenarkan pencarum beli emas guna akaun 1-EPF. Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk membuat pelaburan Unit Trust ataupun apabila umur mencapai 55 tahun.
  Agak-agak kan….kenapalah KWSP tak benarkan melabur emas guna duit epf?. Tentang tu, saya tak pasti. Tetapi saya rasa, salah satu sebabnya adalah, kalau kita beli emas, kita akan dapat emas fizikal. Maknanya, kita sendiri yang akan simpan emas tu. Bila dah simpan sendiri ni, faham-faham jelah. Agak-agak tak cukup duit, jual lah emas tu. Jadi…tak tercapailah matlamat pelaburan untuk menambah dan meningkatkan duit persaraan. Lepas tu, kalau simpan sendiri…risiko kehilangan emas. Kalau letak kat bank, kena bayar jugak.
  Lagi satu, pelaburan emas tiada dividen. Hanya ada kenaikan harga. Jadi takde compund interest. Compound interest adalah salah satu senjata jutawan. Albert Enstein juga pernah mengatakan compounding interest adalah the eighth wonder of the world. Compound interest jugalah yang akan menyebabkan pelabur tidak akan mengalami kerugian walaupun menjual pelaburan pada harga yang rendah. Pasti ada sebab tertentu kenapa KWSP tak benarkan pencarum beli emas. Setiap pelaburan ada risikonya. Ada orang sesuai melabur dalam unit trust tapi tak sesuai melabur dalam emas. Begitu jugak sebaliknya. Ada jugak yang jenis suka melabur. Semua pelaburan masuk. Emas, unit trust, tanah, rumah ..semua masuk. Tak terkecuali pelaburan skim cepat kaya. Pilihan di tangan anda. Tak salah jika anda pelbagaikan pelaburan. Berminat nak melabur dalam unit trust?…….Jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya melalui telefon, sms ataupun email. Selamat melabur...

Friday, 9 December 2011

Cara memulakan pelaburan

Assalamualaikum ..
Sebenarnya takde syarat yang menyukarkan pun kalau nak melabur dalam Public Mutual ni. Syarat yg penting adalah:
1. Untuk pelabur perseorangan, anda mestilah berumur 18 tahun keatas.
2. Jika anda ingin melabur untuk education plan, anda adalah sebagai penama pertama. Anak sebagai jointholder.
3. Jika anda seorang warganegara Malaysia diperlukan satu salinan IC dan borang yang telah siap di isi.
4. Jika anda bukan warganegara pula, anda juga boleh melabur. Salinan passport adalah di perlukan. Dan urusniaga dalam Ringgit Malaysia.
5. Jika anda ingin membuat corporate investment pula, diperlukan beberapa dokumen penting syarikat.
Sila  dapatkan penerangan dari consultant anda dan juga rujuk di prospektus dana

Wednesday, 9 November 2011

Pulangan Setiap Bulan,Boleh ke?

Ada orang bertanya kepada saya ,Boleh tak dalam setiap bulan dapat pulangan kalau saya melabur dalam Unit Amanah.Kemudian Beliau bertanya pula,”jika saya melabur RM60.0000 sekarang,dan nak ambik keuntungan setiap bulan rm1000,boleh tak?.” Dengan tegas saya menjawab,”tidak boleh”.Untuk pengetahuan semua,pelaburan unit trust bukanlah skim cepat kaya.Pelaburan unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Menyimpan di ASB pun nak tunggu setahun baru dapat dividen.Takkan menyimpan bulan ni,bulan depan boleh terus dapat untung.Pelaburan Public Mutual,bukanlah skim cepat kaya.Ianya adalah skim lambat kaya tapi insya Allah anda akan menjadi kaya.Jika beliau melabur RM60.000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar pulangan 10% setahun,wang anda akan berganda menjadi RM155.622.
Untuk pesara kerajaan itu,sewaktu beliau berumur 45 tahun, mungkin beliau tidak ada wang sebanyak RM60.000.Ataupun mungkin juga,waktu itu beliau mempunyai wang tetapi tidak mengetahui bahawa menyimpan didalam unit trust dapat memberikan pulangan berganda.Saya katakan pada beliau,sewaktu beliau berumur 35 tahun…..jika beliau membuat simpanan didalam Public Mutual sebanyak RM100 sebulan, padar kadar pulangan 10% setahun,selama 20 tahun wang beliau akan menjadiRM76.570. Modal pelaburan adalah RM100 x 240 bulan=RM24.000.Total return adalah 319%.Disinilah kuasa compound interest bekerja.
Dengan adanya wang sebanyak RM76.570,ditambah dengan wang yang beliau ingin laburkan sekarang sebanyak RM 60.000….. beliau sudah mempunyai wang sebanyak RM136.570.Dan pada masa persaraan sekarang,beliau boleh menggunakan wang sebanyak RM1138 sebulan selama 10 tahun.AtaupunRM2276 sebulan selama 5 tahun. Tercapailah matlamat beliau untuk mendapat wang setiap bulan RM1000 semasa bersara..Tetapi ini cerita jika beliau menyimpan 20 tahun yang lepas.Beliau merasa menyesal kerana tidak mengetahui tentang pelaburan unit trust Public Mutual dari dulu lagi. Saya katakan pada beliau,masih belum terlambat untuk bermula sekarang.
Perjumpaan dengan beliau telah menyedarkan saya, bahawa untuk bersara kita memang memerlukan sejumlah wang yang mencukupi walaupun ada wang pencen. Kerana menurut beliau,tidak mungkin akan mengharapkan belas ihsan dari anak2 kerana anak2 sendiri pun sudah mempunyai keluarga sendiri. Moral of the story……. menyimpanlah dari sekarang, jangan nanti menyesal pulak bila dah bersara. Selamat Menyimpan….

Thursday, 6 October 2011

MENGAPA MELABUR MENGGUNAKAN WANG KWSP..??

  • MODAL SEDIA ADA. Anda hanya menggunakan 20% sahaja wang simpanan KWSP untuk dilaburkan ke dalam pelaburan Unit Amanah. Kini, anda tidak perlu bersusah payah mencari wang tunai untuk dilaburkan.
  • DANA SYARIAH. Wang dilaburkan ke dalam unit amanah berasaskan syariah dan ini akan memberikan ketenangan kepara pelabur.
  • POTENSI PULANGAN LEBIH TINGGI. Unit Amanah telah menunjukkan rekod dan potensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding mekanisma pelaburan/simpanan lain seperti Fixed Deposit mahupun KWSP.
  • PENGGANDAAN SIMPANAN HARI TUA ANDA LEBIH CEPAT. Mengikut Rule 72, wang simpanan hari tu anda dapat digandakan dengan lebih cepat kerana pulangan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, wang RM100,000 akan berganda dalam tempoh 7.2 tahun pada kadar pulangan 10% setahun ( kadar purata Unit Amanah) berbanding 12 tahun pada kadar pulangan 6% setahun ( kadar purata KWSP).

Jenis-jenis Pelaburan,Kebaikan dan Keburukannya.

Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya.
Lazimnya banyak cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:Tentu ramai yang tak
pasti cara untuk menyimpan dan menambahkan kekayaan mereka, Marilah kita bandingkan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya yang bersesuai dengan keperluan anda,tahap fleksible menanggung resiko  dan apa matlamat pelaburan dan masa yang di perlukan untuk menimati pelaburan anda..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% - 2% pulangan)Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa +-5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (3% - 4% pulangan)Penerangan: Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% - 300%)Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham
Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran remisier yang tinggi dsb

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya Penerangan: Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syariukat sebagai cagaran
Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika matang tak kira untung atau rugi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)Penerangan: pelaburan dalam hartanah seperti rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi
Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iaitu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.

>----------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis Pelaburan: Pelaburan Emas ( Simpanan Fizikal- barang kemas/syilling emas/kijang emas/dinar emas dan Bukan fizikal -Investment account/saving Gold -Maybank,Public Bank dll. ) (10% ke atas)
Penerangan: Emas merupakan Simpanan/Pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Kebaikan:
Kecairan tinggi dan resiko rendah bagi jangkamasa sederhana dan panjang.
Keburukan:
Ketulinan Emas dan Keselamatan menyimpan emas fizikal

Modal permulaan yang Tinggi.
Resiko penipuan.
Terdapat pengurangan harga atau caj tertentu ketika jualan .



>

Monday, 3 October 2011

What to do during Market Crisis

Dear investor,

Hi. As you know, global & local stock market continues to retreat lower as the sovereign debt crisis in Europe lingers and US economy seems unconvincing at this point in time. Most investors feel scared and shy away from the market. But as a unit trust investor we don't have to behave the same. Be bold to do the opposite! because this is just another down cycle that we have seen many before. That's why we always promote DOLLAR COST AVERAGING concept i.e to continue investing regardless of market condition because market timing/speculating fails most of the time.

If you invest your EPF with us just continue to do so because in the end you'll get a NICE average price for your investment and trust me market is really CHEAP now. When the UP cycle comes as they always do - that's where you'll gain in many folds. just be patient and be STRONG to realize your retirement goal.

If you invest CASH - Let's invest MORE now followed by monthly investment to really take advantage of the volatile market. Big or small is totally up to you but the opportunity is HUGE! The same amount or more than the initial investment is recommended so that the impact of the dollar cost averaging is there. Pls feel free to call me and discuss with me - just don't miss this GOLDEN opportunity!

Tuesday, 13 September 2011

Strategi atau Teknik Pelaburan Unit Amanah.

Umumnya,pelaburan unti amanah adalah pelaburan terkumpul dimana wang pelabur dilaburkan oleh pengurus dana profesional,Oleh itu pelabur tidak perlulah mendalami ilmu tentang pelaburan unti amanah secara terlalu teknikal.Namun begitu,melabur secara melulu juga sangatlah tidak digalakkan.Teknik pelaburan unti amanah yang asas seperti membeli bila harga rendah dan menjual harga tinggi atau
mempraktikkan strategi pemurataan Nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging). Kaedah ini (DCA) dapat menyelesaikan masalah dalam menentukan masa yang tepat untuk membuat pelaburan dengan mengambil kira risiko keadaan semasa pasaran.
Teknik pelaburan asas unit amanah sedikit sebanyak boleh membantu anda menjadi seorang pelabur unit amanah yang berjaya.Sebagai pelabur yang bijak anda hendaklah mengetahui :
1. Dapatkan maklumat yang lengkap tentang pelaburan unit amanah daripada agent sah dan berdaftar.
    Sila klik link disini.
2. Fahami cara pengiraan unit dan keuntungan dan dapatkan maklumat tentang caj perkhidmatan dan juga
    caj-caj yang dikenakan.
3. Dapatkan Nasihat Unit Trust Consultan (UTC ) tentang nama Dana yang disyorkan/dicadangkan .
4. Buat analisis tentang dana yang disyorkan melalui prospektus dan graf prestasi dana.
5. Meminta Khidmat nasihat UTC dari masa ke semasa terutamanya dalam keadaan berikut :
    *  Prestasi dana yang dilaburkan tidak berapa baik selepas 6 bulan memulakan pelaburan ( Jangan terlalu 
    awal,ini kerana biasanya di peringkat awal pelaburan,memang belum nampak prestasi sesebuah dana )
    * Anda ingin membuat pelaburan tambahan
    * Anda ingin mengeluarkan sebahagian atau kesemua wang pelaburan anda.
    * Ingin menukar alamat,no.tel dan sebagainya.
6. Membuat keputusan pelaburan tanpa mengikut emosi ( sebagai contoh tidak menjual pelaburan ketika
     harga rendah disebabkan terlalu risau ).
7. Membuat Switching/Pertukaran dana sekiranya perlu.
8. Maklumkan kepada UTC jika anda berpindah atau menukar alamat atau no .telsupaya UTC sentiasa   
    dapat menghubungi anda.
9. Mendaftar kemudahan on line untuk memantau pelaburan secara online pada bila-bila masa jika anda tidak emosi dalam pelaburan dan telah serba sedikit memahami teknik pelburan unit amanah.
10. Menghargai bantuan UTC (UTC yang merasa tidak dihargai oleh anda mungkin tidak akan berusaha
      untuk memberikan khidmat yang terbaik. )

Monday, 15 August 2011

Bagaimana Unit Amanah Berfungsi

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.
 
Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.
Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

Monday, 8 August 2011

Krisis Masalah Hutang AS-Tindakkan Anda Sebagai Pelabur.

Perbelanjaan kerajaan AS termasuk hutang dan faedah yang perlu dibayar melebihi pendapatannya menyebabkan kuasa ekonomi dunia itu terjerumus ke dalam perangkap hutang.Sungguhpun kita masih tidak dapat menjangka sejauh mana kesan krisis hutang AS kepada kita,namun demikian setiap negara yang berdagang denga AS termasuk Malaysia pasti menerima kesan daripada krisis tersebut.Ini dapat di lihat dimana Petunjuk Utama FBM KLCI susut  48.11 mata dari 1545.10 ( Pada : 4/8/2011) kepada 1496.99 (pada : 8/8/2011 ).Oleh itu sebagai pelabur  apakah tindakkan yang harus kita lakukankan  :

 1- Mengekalkan matlamat pelaburan sederhana dan Jangka Panjang  ( 3 tahun dan ke atas ).Pelabur tidak perlu terlalu panik atau gundah gelana dengan penurunannya indeks FBM KLCI kerana matlamat pelaburan anda adalah jangka masa sederhana dan masa jangka panjang,Selagi anda tidak mengeluarkan pelaburan,anda tidak rugi apa-apa walaupun nilai pelaburan anda makin menyusut .Jika anda Panik dan mengeluarkan pelaburan ketika jangka masa krisis atau bila harga rendah maka anda akan mendapat kerugian yang tidak sepatutnya.Pelaburan anda akan meningkat berganda kembali bila ekonomi semakin Pulih dan mengambil masa sedikit bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda iaitu pelburan jangka masa sederhana dan  panjang .Indeks FBM KLCI bagai Roller-Coaster ( roda ) lihat jadual di bawah : Merujuk  jadual di
bawah kejatuhan FBM KLCI dilihat  dalam masa diantara 10 hari ke 3 bulan sahaja dan mungkin lebih  bergantung kepada krisis.

Tuesday, 2 August 2011

Kenapa Public Mutual No.1 ?

Public Mutual merupakan  pemengang Dana terbesar No.1 dalam industri unit amanah swasta  di Malaysia( lihat jadual terkini diatas ).Data terbaru pada penghujung May 2011,Public Mutual memegang dana sebanyak 43.2%  keseluruhan dana swasta berbanding persaing terdekat AmInvestment Service 14.5% dan diikuti oleh  Cimb Group 13.4%.Public Mutual juga telah merangkul 177 Anugerah utama dalam industri Unit Amanah.Anugerah terbaru yang diterima oleh Public Mutual ialah Reader's Digest Trusted Brand Platinum Award dalam Ketegori Syarikat Dana Pelaburan.Ini merupakan tahun kedua Public Mutual menerima anugerah Platinum dan ia membuktikan sekali lagi bahawa Public Mutual memang satu-satunya jenama yang terpaut pada ingatan dan merupakan Plihan No.1 dikalangan pelabur Unit Amanah Malaysia.
Jadi kenapa anda masih ragu-ragu lagi untuk melabur dalam Unit Amanah Public Mutual.Lagi lambat anda melabur lagi jauh anda ditinggalkan oleh rakan-rakan anda terdahulu membuat Duit dalam Unit Amanah.Bertindaklah sekarang agar anda tidak terlambat di kemudian hari.Pelaburan paling mudah melalui pelabuaran KWSP dan juga melalui tunai dengan hanya membuka akaun sebanyak RM 1000.Selamat Melabur.

Makna Blue-Chip Stok.

Blue-Chip bermaksud Saham Yang Teguh ,Dimana syarikat-syarikat yang masyhur dengan satu rekod prestasi dividen-dividen dan pendapatan yang baik dan stabil  diberi gelaran "cip biru." Pelabur-pelabur yang mahu membeli saham di dalam syarikat-syarikat seumpama ini boleh mendapat cara  paling mudah membelinya  melalui satu dana bersama ( Mutual Fund ). Banyak dana-dana bersama ( Mutual Fund )   menawarkan syarikat-syarikat  dana stok cip biru  ( Blue-Chip) , di mana pelabur-pelabur boleh membeli berkongsi bermula dengan pelaburan-pelaburan agak sederhana beberapa ribu ringgit dan meneruskan sumbangan-sumbangan atas jangka masa panjang.Perkataan  Blue Chip Stocks sering kita baca dalam Prospectus di bahagian investment strategi.Terdapat sesetengah  Pelabur unit amanah yang tidak faham apa yang di maksudkan Pelaburan dalam Blue-Chip Stocks yang tertulis didalam Prospectus.
Pelaburan UNIT AMANAH (Unit Trust) adalah suatu pengalaman yang menarik. Walau bagaimana pun, sebagai seorang pelabur kita hendaklah menjadi seorang pelabur yang bijak dengan membaca  prospektus sebuah dana sebelum melabur adalah Pelabur yang bijak.

Wednesday, 27 July 2011

Inflasi dan Pengaruhnya ke atas Pelaburan

Inflasi tidak dapat dielakkan dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghadapi pengaruhnya dalam pelaburan.Dalam beberapa bulan kebelakangan ini,peningkatan harga makanan dan komoditi telah memburukkan lagi tekanan inflasi di negara kita dan juga di seluruh dunia terutamanya bagi kebanyakkan ekonomi serantau.
Oleh kerana inflasi menghakis kuasa pembelian dan nilai mata wang,peningkatan harga makanan dan komoditi yang mendadak juga menjejaskan nilai sebenar simpanan kita dalam jangka masa panjang.Demi mengikut rentak inflasi,pelabur-pelabur perlu memegang satu portfolio dana-danan ekuti yang pelbagai kerana pulangan daripada dana-dana ini biasanya dapat mengatsai kadar inflasi melalui satu jangka masa yang lebih panjang.

Thursday, 21 July 2011

Pengeluaran Unit Amanah

Pelaburan Unit Amanah adalah sangat fleksible.Pelabur boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian atau kesemua Pelaburan mereka pada bila-bila masa.Namun begitu,sekiranya pelabur cuma ingin mengelurkan sebahagian pelaburan,Pelabur kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1000 unit ( Bukan RM 1000 ) didalam akaun pelaburan.
Walaupun sesebuah akaun pelaburan sudah kosong,namun akaun pelaburan tersebut masih lagi aktif dalam masa 6 ke 7 tahun.Dalam tempoh ini,pelabur boleh membuat pelaburan tambahan pada bila-bila masa dengan jumlah penambahan minimum sebanyak RM 100.

Monday, 18 July 2011

Public Mutual Lancar Dua Dana Baru

Utusan Malaysia
18/06/2011
KUALA LUMPUR 18 Julai - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public Bank), Public Mutual Bhd. (Public Mutual) melancarkan dua dana Islam baru, Public Dana Islamic Treasures Growth (PITGF) dan Public Dana Sukuk (PSKF) pada hari ini.

PITGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mematuhi Syariah.
PSKF pula merupakan sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran kewangan Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, PITGF menawarkan pelabur peluang untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk tumbuh dengan memfokuskan pelaburannya dalam saham bermodal kecil hingga sederhana yang mematuhi Syariah.
Jelasnya, saham-saham bermodal kecil hingga sederhana secara umumnya menawarkan peluang pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan saham-saham bersaiz lebih besar kerana asas perolehan mereka lebih kecil.

Tuesday, 12 July 2011

Kenapa Jangka Masa Melabur dalam Unit Amanah Amat Penting ?

Mengetahui tempoh masa yang anda ingin melabur adalah amat penting dalam Unit Amanah kerana ini dapat membantu anda merancang Pelaburan,Umpamanya bagi memilih Produk Pelaburan yang sesuai,memantau prestasi dana pelaburan tersebut dan amat penting bagi mengurus risiko pelaburan itu.Kelas-kelas dana Pelaburan selalunya terdiri dari Dana-dana konservertif, Dana-dana  Seimbang,Dana Pertengahan dan juga Dana-dana Agresif.
  Anda mungkin boleh melabur dengan lebih Agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang.Dana-dana Agresif mungkin menjadi pilihan anda.Seseorang yang berumur 24 tahun dan baru bekerja boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko tinggi ( Dana Agresif).Ini kerana beliau mempunyai banyak masa atau jangka masa panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian ataupun tidak berkembang seperti yang ia kehendaki.Belaiu juga mempunyai banyak masa untuk mengurus resiko pelaburan itu dan menguruskan agar mencapai matlamat dan objektif pelaburannya.
  Bagi seseorang yang hampir bersara pula secara umumnya patutlah lebih konservertif dan mengambil jalan yang kurang berisiko,memandangkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk pengubahsuaian,sekiranya pelaburan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.
  Walau bagaimanapun umur bukanlah menjadi faktor utama dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda.Faktor lain seperti tahap toleransi terhadap risiko,Objektif pelaburan,Jangkaan Pulangan dan juga bila anda memerlukan hasil pelaburan itu ,harus juga diambil kira.Contohnya seorang pelabur yang berusia 35 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun.Disebabkan jangka masa pendek,dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana beliau hanya mempunyai sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian atau tidak berjalan seperti yang di jangkakan.Oleh kerana mempunyai matlamat janka pendek,dia tidak boleh melabur dalam produk yang berisiko tinggi atau Dana-dana Agresif,Walaupun beliau mempunyai banyak lagi masa sebelum tempoh persaraan.Masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan.
  Sebagai Pelabur Unit Amanah yang bijak ,melabur dalam jangka masa sederhana  atau jangka masa panjang adalah perlu diberi keutamaan.

Monday, 11 July 2011

Berapa lama masa saya perlu Melabur dalam Unit Amanah?

Tempoh masa pelaburan merujuk kepada masa sesuatu Pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (Pencairan).Tempoh pelaburan boleh difinasikan dalam tempoh :

1- Jangka Masa Pendek ( 1 Tahun hingga ke  3 tahun ).
2 - Jangka Masa Sederhana ( 3 Tahun hingga ke 5 tahun ).
3 - Jangka Masa Panjang ( Melebihi 5 tahun dan keatas )

  Tiada tempoh masa yang betul atau salah dalam pelaburan Unit Amanah,ia bergantung kepada Objektif atau matlamat pelaburan itu serta tahap toleransi pelabur terhadap risiko,ia itu berapa banyak dan lama risiko yang bersedia di ambil oleh Pelabur itu sendiri.Pelaburan yang bijak harus tahu Matlamat pelaburan itu dibuat.Pelaburan tanpa matlamat dan Objektif, adalah seperti kapal belayar dilautan luas tanpa arah tuju dan distinasi,hanya mengikut arah angin yang bertiup.Melabur dalam jangka masa panjang adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dan menambahkan gandaan pelaburan anda dalam Unit Amanah.

More People taking out EPF Funds to Invest

Newstraitstimes
2011/06/09

KUALA LUMPUR:
 A total of RM7.6 billion was withdrawn from the Employees Provident Fund by contributors in the first three months of this year compared with RM6.54 billion during the same period last year.
The number of withdrawals during the period this year was 415,706 compared with 326,612 last year.

EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.
He said the number of members who were using the EPF Kiosks to retrieve their account statements had also gone up from 1,177,000 in the first quarter of last year to 1,760,000 in the same period this year.
"Service excellence and satisfaction today is closely related to the level of convenience an organisation is able to extend to its customers and members.

"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.
In the first quarter of the year, the EPF also recorded a 51.24 per cent increase in applications from members who opted for Felxible Age 55 Withdrawals as opposed to Lump Sum Withdrawals.
"A total of 22,488 applications were received compared with 14,869 in the first three months of last year.

"The growing number reflects members' awareness on the significance of stretching their savings throughout their retirement years and also their growing concern that lump sum withdrawal will likely result in income inadequacy during the period."

Thursday, 7 July 2011

"Rule of 72 " Formula mudah untuk mengira kadar Pulangan Gandaan Wang Pelaburan Anda.

Dalam pelaburan unit amanah Islam, kita sudah pasti mengharapkan pulangan yang menguntungkan. Apatah lagi jika pulangan tersebut berlipat ganda daripada jumlah yang kita laburkan. Ada satu formula yang dipanggil ‘Rule of 72′ – formula mudah untuk mengira jumlah masa yang diperlukan untuk mengganda duakan (double) modal yang dilaburkan. Formula ini adalah berasaskan prinsip ‘compounding interest’.
Sebagai contoh, jika anda melaburkan RM30,000 di dalam satu dana unit amanah Islam dan mensasarkan jumlah RM60,000 daripada modal yang dilaburkan tadi dalam masa 6 tahun, anda perlu melabur di dalam dana unit amanah Islam yang boleh memberikan ‘Return on Investment’ (ROI) sebanyak 12% setahun, berdasarkan contoh kiraan seperti berikut:
Kadar Pulangan yang Diperlukan untuk Menggandakan Pelaburan Anda dalam Tempoh Masa yang Ditetapkan
= 72 ÷ Bilangan Tahun yang Disasarkan untuk Menggandakan Pelaburan
= 72 ÷ 6
= 12 peratus setahun
Berikut adalah contoh jadual yang merumuskan ‘Rules of 72′.

Tuesday, 5 July 2011

Jenis-jenis Dana Unit Amanah

Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.
Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund)
Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.
Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)
Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.
Dana Seimbang (Balanced Fund)
Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.

Monday, 4 July 2011

Pelaburan ASN/ASB Tidak Halal ??

 Pelbagai pendapat mengenai Halal atau tidak pelaburan ASB dan ASN bermain difikiran kita sejak dulu lagi,  terkini Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.
 Apa yang jelas,  walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Maklumat lanjut : Sila Klik link dibawah ulasan dari ustaz Zaharuddin :
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html

Di mana saya boleh Melabur?

Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:


1.Melabur dalam Unit Trust @Unit Amanah,Saham dan Bon .

2.Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan,
   tetapi membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh
   pendapatan daripada sewaan.

3.Kumpul barang yang nilainya akan naik ( Barang Kemas seperti Emas,
   Barang-barang antik, dll )


4.Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda
   mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu,
   bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan
   yang lebih banyak.

Friday, 1 July 2011

Perbezaan Unit Amanah@Unit Trust dengan Pelaburan Saham.

Pelaburan Unit Trust@ Amanah Saham boleh diibaratkan seperti kita menaiki sebuah Pesawat Kapal Terbang,tetapi di pandu oleh juruterbang yang terlatih serta profesional serta dilayan oleh pramugari /pramugara yang terlatih.Kita hanya menaiki kapal terbang dengan tenang dan sampai ke distinasi yang dituju dengan selamat.Dalam Pelaburan Unit Amanah bermakna Pelaburan kita mencapai matlamat yang kita telah tetapkan dan mendapat keuntungan yang berganda.
Pelaburan Saham pula ibarat kita naik Sebuah Pesawat Kapal Terbang yang kita pandu sendiri.Tentu menyeronokkan kalau kita boleh pandu sendiri,tapi tentulah memerlukan masa untuk mendapatkan lesen dan kemahiran tertentu untuk membawa Pesawat Kapal Terbang dengan selamat.Jika tanpa kemahiran yang tinggi sudah tentu kita jatuh tersungkur.Jadi sebagai pelabur yang bijak maka terserahlah pada kita untuk memilih dimana untuk kita melaburkan wang Anda mengikut kemahiran dan tahap mana kebolehan anda dalam bidang pelaburan jika tidak serahkanlah pada yang Profesional seperti Pelaburan Amanah Saham ,yang di selengarakan oleh Badan yang Profesional seperti di Public Mutual Berhad, Biarlah Wang Anda bekerja dengan lebih bijak untuk Anda, demi masa depan Anda dan keluarga .Ayuh!! lakukan langkah pertama kerana kita akan menjelajah beribu batu lagi dalam Unit Amanah yang menyeronokan.

Wednesday, 29 June 2011

Kenapa Dana Ditutup Untuk Langganan ?

Ada Sesetengah Pelabur yang merasa risau apabila mendengar sesebuah dana ditutup atau akan ditutup Langganannya.Dana yang ditutup atau akan ditutup bukan bermakna duit Pelabur akan lesap atau hilang .Sebaliknya dana ditutup atau akan ditutup kerana Unit Dana tersebut sudah habis dijual atau hampir habis untuk dijual.
Perbandingannya adalah seperti Perjualan Taman Perumahan ,yang mana semua rumah sudah habis di jual.Dengan kata lain Dana itu sangat bagus dan Konsisten Pulangan Keuntungannya dan menarik minat ramai Pelabur untuk melabur dalam Dana Tersebut,sehingga habis Unit Dana Tersebut habis dilanggan atau dibeli.
Apabila sesebuah Dana ditutup,Pelabur tidak boleh lagi membuat pelaburan baru ataupun pelaburan tambahan didalam Dana tersebut,melainkan pelabur yang membuat arahan Auto Debit untuk membuat Pelaburan bulanan secara tetap.
Bagaimana pun Pelabur yang sedia ada juga boleh menjual atau mengeluarkan Pelaburan mereka bila-bila masa.

Antara Dana Public Mutual yang telah di tutup :
PUBLIC ITTIKAL FUND
PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND
PUBLIC ISLAMIC OPPORTUNITIES FUND
PUBLIC ISLAMIC BOND FUND
PUBLIC GLOBAL BALANCED FUND
PUBLIC SMALLCAP FUND

Sunday, 26 June 2011

Mana lebih baik - Dividen Tinggi@ Kenaikan Harga Tinggi?

Sesebuah Dana diibarat seperti sebuah rumah.Pulangan daripada Dana pula adalah dalam dua bentuk berlainan.Pertama dalam bentuk Dividen Tahunan ,yang boleh diangggap seperti sewa rumah.Yang kedua pula dalam bentuk kenaikan harga,Ibarat kenaikan harga rumah.

Mana Pilihan  yang Terbaik?
Ia bergantung pada tujuan asas Pelaburan,Kalau tujuan Pelaburan untuk mengambil dividen tahunan,baguslah melabur dalam Dana yang memberi Dividen yang tinggi.
Tetapi Jika tujuan pelaburan bukanlah untuk mengambil dividen tahunan sebaliknya untuk mendapatkan pulangan yang maksimum,maka baguslah melabur dalam danan yang bagi pulangan yang baik.

Jumlah Pulangan = Dividen + Kenaikan Harga.

Oleh itu Pelabur boleh buat pilihan berdasarkan tujuan pelaburannya manakala seseorang Konsultan pula akan mengesyorkan dana yang terbaik berdasarkan pilihan Pelabur-pelabur.
Kadangkala ada sesetengah pelabur yang kurang faham tentang perkara ini dan membuat perbandingan Pelaburan Unit Trust (Unit Amanah ) dengan instrumen pelaburan yang lain.

Ada pelaburan lain yang bagi dividen yang tinggi,sekitar 8-15% setahun,tetapi adakah pelaburan tersebut juga memberikan pulanggan dari segi kenaikan harga?.
Jadi dana apa yang anda Perlukan ?
Hubungi Konsultan yang anda senangi dan anda percayai .Berlainan Konsultan berlainan cara khidmat nasihatnya.Anda sendiri perlu bijak menilai prestasi Konsultan Anda.

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:
Melabur dalam unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat unit trust.
1. Pengurusan professional.Dana unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.
2. Penyebaran risiko.Kelebihan utama unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.
3. Sesiapa saja mampu melabur dalam unit trust.Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.
4. Mudah tunai.Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.

Thursday, 23 June 2011

Bagaimana Potensi pulangan pelaburan kita dapat ditingkatkan

Potensi pulangan pelaburan kita dapat ditingkatkan dengan mempraktikkan strategi pemurataan Nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging). Kaedah ini (DCA) dapat menyelesaikan masalah dalam menentukan masa yang tepat untuk membuat pelaburan dengan mengambil kira risiko keadaan semasa pasaran.
Kita boleh membuat pelaburan dalam jumlah yang tetap setiap bulan atau melabur secara berkala dan berterusan. Dalam tempoh jangkamasa panjang,kita berpotensi mendapat manafaat daripada pengurangan kos belian keseluruhan pelaburan serta berpeluang meningkatkan potensi pulangan pelaburan. Ingat bahawa tujuan pelaburan didalam unit amanah adalah untuk jangkamasa sederhana/Panjang.
Amalan ini (DCA) digunapakai oleh kebanyakkan pemegang unit amanah dalam meminimakan risiko berkaitan pelabuan yang besar pada sesuatu masa.

Syarat-syarat Pengeluran Pelaburan ahli KWSP

IPD Yang Dibenarkan
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan, sila klik link berikut untuk melihat Senarai Institusi Pengurusan Dana Yang Terkini
Kekerapan Pelaburan
• Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
Pelaburan Secara Terus
• Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
• Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
Tanggungan Risiko Pelaburan
• Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.

• Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.

Pengenalan kepada Unit Amanah

Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.
Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.
Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.
Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Wednesday, 22 June 2011

Unit Amanah Satu Pelaburan Yang Menyakinkan

Pelaburan didalam Unit amanah Islam adalah diantara rangkaian dana unit amanah tersedia di pasaran. Pada asasnya, sekumpulan wang yang disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi.
Unit amanah Islam adalah ia merupakan suatu entiti pelaburan yang mendapat status patuh Syariah,yang mana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Sekuriti. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam unit amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib.
Peranan badan/Jabatan kerajaann yang mempunyai kepakaran didalam bidang masing-masing adalah terlalu penting untuk memastikan segala pelaburan memenuhi piawaian dan peraturan yang telah ditettapkan untuk menjaga kepentingan kesemua PELABUR yang terlibat.


Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah

Tahniah diatas keputusan anda untuk membuat pelaburan dan perancangan kewangan melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.
– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya atau Melalu Agent Unit Amanah seperti saya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.